Zikir Waktu Pagi
-
Ingat senang ke nak bangun pagi.. Liat semacam lerrr….ingatkan lepas subuh nak tidur sekejap.. tapi korang pernah dengar kan istilah tidur-tidur ayam? macam tu lah aku. bukak mata sikit ajerrr… Tapi ada sesuatu yang saya nak cakap dan kongsi kat sini…
Apa dia tu???? yang saya nak cakap ni adalah Berpagi-pagi. Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat
-Waktu yang berkah adalah waktu yang penuh kebaikan. Sebagaimana waktu pagi itu telah didoakan khusus oleh Nabi SAW sebagai waktu yang berkah.
Dari sahabat Shokhr Al Ghomidiy, Nabi SAW pernah bersabda,
Dari sahabat Shokhr Al Ghomidiy, Nabi SAW pernah bersabda,
اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى بُكُورِهَا
“Ya Allah, berkahilah umatku di waktu paginya.”
-Yang dimaksudkan dengan zikir pagi hari iaitulah zikir yang dibaca selepas solat Subuh sehinggalah sebelum terbitnya matahari.
-Dua kalimat zikir ini disebutkan dalam al-Qur'an sebagai doa dan zikir penghuni surga, iaitu dalam firman Allah Ta'ala,
دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
"Doa mereka (penghuni surga) di dalam surga adalah: "Subhanakallahumma" (maha suci Engkau ya Allah), dan salam penghormatan mereka ialah: "Salaam" (kesejahteraan bagimu), serta penutup doa mereka ialah: "Alhamdulillaahi Rabbil 'aalamin" (segala puji bagi Allah Rabb semesta alam)"

(QS Yunus: 10)
Mudahan dengan mengamalkan dua kalimah zikir ini iaitu Subhanallah dan Alhamdulillaah yang di baca awal pagi kita mendapat keberkatan pada waktu itu
-Daripada Abdul Rahman bin Abza RA yang berkata: Dahulunya Nabi SAW apabila pagi hari akan mengucapkan:
✔Disertakan juga dengan video dari sumber firestartingautomobil Youtube
Semoga Allah selalu memberi kita taufik untuk mengamalkan setiap ilmu yang telah kita peroleh.
-------Wallahu a'lam.-------
No comments:
Post a Comment