Takbir Hari Raya
Saper laa tak sebak bila dengar takbir raya...Tanpa takbir Hari Raya, seolah-olah tiada Hari Raya, baik Hari Raya Qurban, maupun Hari Raya Puasa. Takbir itulah tandanya Hari Raya. Mendengar alunan takbir raya secara adatnya akan membuat kita 'feeling'. Pelbagai rasa meresap di jiwa ketika mendengar takbir raya. Ada rasa sedih, terharu, bahagia, insaf dan pelbagai perasaan yang walau apapun perasaan itu, . Perasaan yang hanya dapat dinikmati dua kali sahaja setahun. Kerana tidak ditakbirkan pada hari-hari selainnya hari raya.

Kepentingan Takbir
1. Satu syiar bagi menzahirkan rasa gembira dan tanda bersyukur kepada Allah.
2. Tanda kemenangan melawan hawa nafsu mazmumah sepanjang Ramadan.
3. Lambang penyatuan dan kekuatan ummah melalui roh takbir, kerana umat Islam, membesarkan Allah dan melaungkan takbir yang sama di seluruh dunia.
4. Laungan takbir menyejukkan jiwa, menenangkan fikiran dan melapangkan hati untuk bermaafan.
5. Takbir dan tahmid dianggap penyubur ukhuwah dalam mengukuhkan ikatan jalinan persaudaraan umat Islam.

Waktu Mulai & Berakhir Takbir
1)Takbir Hari Raya Aidilfitri, waktu takbir bermula daripada terbenamnya matahari (bermula pada maghrib) pada hari akhir Ramadan hingga selesai solat raya.
2)Takbir Hari Raya Aidiladha pula disunatkan bertakbir pada petang hari Arafah atau 9 Zulhijah dan pada hari-hari Tasyriq, iaitu hari 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah.
1) Takbir Hari Raya Aidilfitri
-Allah berfirman : “Dan sempurnakan ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam Ramadan (29 atau 30 hari) dan bertakbirlah membesarkan Allah atas petunjuk yang diberikannya kepada kamu supaya kamu bersyukur”.
(Qs al-Baqarah 185)
-Rasulullah pula bersabda “Hiasilah hari raya kamu dengan takbir dan tahmid”.
-Nabi SAW keluar daripada rumah menuju ke tanah lapang (tempat solat hari raya) kemudian baginda SAW bertakbir sehingga tiba di tanah lapang. Baginda saw terus bertakbir sehingga solat selesai. Setelah menyelesaikan solat, baginda SAW menghentikan takbir.
(HR. Ibn Abi Syaibah )
2)Takbir Hari Raya Aidiladha
-Allah berfirman, yang ertinya: “…supaya mereka berzikir (menyebut) nama Allah pada hari yang telah ditentukan…”
(Qs. Al Hajj: 28)
-Allah juga berfirman, yang ertinya: “….Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang berbilang…”
(Qs. Al Baqarah: 203)
Menurut Tafsirnya:
1-Yang dimaksud berzikir pada dua ayat di atas adalah melakukan takbir
2-Kerana Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhuma mengatakan: “Yang dimaksud ‘hari yang telah ditentukan’ adalah tanggal 1 – 10 Zulhijjah, sedangkan maksud ‘beberapa hari yang berbilang’ adalah hari tasyriq, tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijjah.”
(HR Al Bukhari )
3-Diriwayatkan dari ‘Ali dan ‘Ammar r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. bertakbir bermula dari hari ‘Arafah (selepas) solat subuh dan memutuskannya (yakni berhenti bertakbir) selepas solat asar hari terakhir Tasyriq”.
(HR Imam al-Hakim)
Sejarah Takbir
-Merujuk sirah Rasulullah S.A.W,lafaz takbir ini bermula ketika dalam peristiwa Peperangan al-Ahzab atau Peperangan Khandaq yang berlaku pada tahun 5H di kota Madinah.
-Dalam peperangan itu tentera Islam dapat mengalahkan tentera pimpinan Abu Suffian serta dapat membunuh Abu Jahal. Tentera Islam mengandungi kekuatan tentera seramai 3000 orang manakala tentera bersekutu (tentera Ahzab) mengandungi kekuatan seramai 10000 orang yang terdiri daripada kafir Quraisy dibantu pula oleh puak-puak Yahudi dan Arab seperti Bani Nadir, Quraizah dan Bani Wail.
-Ketika Abu Jahal sedang nazak kepalanya hampir terputus daripada tubuhnya. Kemudian datang seorang sahabat memenggal kepala beliau dan mempersembahkan kepada Rasulullah. Lalu, Rasulullah bertakbir Allahu Akbar… (sebagaimana takbir yang dibacakan ketika raya)
-Kemenangan Islam dalam Perang Khandaq diiringi dengan beberapa peperangan lain yang berlaku dalam bulan mulia penuh dugaan yakni Ramadhan inilah yang dirayakan dengan takbir memuji kebesaran tuhan yakni perayaan Aidilfitri. Di situlah bermulanya sebuah kisah perjuangan yang hebat dan bukan sekadar takbir kerana puasa. Sebaliknya membawa erti peperangan mengalahkan musuh di medan peperangan yang sebenar.
✔Disertakan juga dengan video dari sumber firestartingautomobil Youtube
Selamat Hari Raya Aidilfitri / Aidiladha -- Maaf Zahir & Batin.. Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
--------Wallahu a'lam.--------
Selamat Hari Raya Aidilfitri / Aidiladha -- Maaf Zahir & Batin.. Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
--------Wallahu a'lam.--------
No comments:
Post a Comment