" Dengan doa ringkas ini, amat sesuai untuk semua peringkat usia.
Lagi-lagi untuk anak-anak yang baru nak belajar. InsyaAllah pasti ianya membantu. "
"
Kita memohon agar diberi kelapangan dada dan dipermudahkan segala apa
perkara yang boleh menghalang urusan baik kita dalam menimba ilmu
pengetahuan dan urusan seharian. "
"Peperiksaan tidak perlu
ditakuti. Jika segala persediaan untuk peperiksaan telah dibuat. Tiada
apa yang perlu dikhuatirkan. Berserah kepada Allah, Yakin dan
bertawakkal Usaha hak kita, tetapi kejayaan Allah yang kurniakan." ✔Disertakan juga dengan video dari sumber
firestartingautomobil Youtube
...
Kita sebagai manusia harus berusaha, beriktiar ,berdoa
bersungguh-sungguh dan bertawakal Kepada Allah SWT... Allah SWT sahaja
yang maha berkuasa...
Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
--------Wallahu a'lam.--------
Dalam rawatan Islam, penggunaan doa daripada ayat-ayat al-Quran, doa-doa
daripada Hadith Nabi SAW atau doa-doa yang tidak mengandungi kata-kata pemujaan
kepada makhluk atau mensyirikkan Allah adalah diharuskan. Salah satu doa atau
selawat bacaan dalam rawatan penyakit adalah Selawat Syifa’.
Selawat Syifa’ adalah seperti berikut:
Khasiat Selawat Syifaa' ini, apabila dibaca tiap-tiap hari, maka :
1. Menyihatkan jasmani dan rohani.
2. Diberi keselamatan di dunia dan akhirat.
3. Hati menjadi terang benderang, dapat melihat mana yang hak dan mana yang
salah.
4. Tubuh menjadi kuat, tidak mudah terkena pengaruh yang merosakkan.
Doa Penawar Bagi Mengubati Penyakit
Makanan Yang Baik Di sebut Dalam Al-Qurana , Hadis dan Rawatan Islam
Setiap makanan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Namun hanya Allah
SWT yang layak memberikan kebaikan dan kesihatan kepada kita. Janganlah
kita menganggapkan makanan ini yang memberi kita kesihatan. Ia hanyalah
sekadar usaha kita untuk mendapatkan kesihatan Insya Allah
Dalam Al quran dan Hadis ada banyak yang di sentuh tentang makanan yang kita
makan sehari-hari.. Makanan untuk kesihatan tubuh yang baik bermula dari faktor
penggalak pengaliran darah ke otak menjadi daya ingatan tajam, cerdas, cepat
bertindak dan menstabilkan kawalan emosi.. seterusnya menguptimumkan fungsi
hormon, membaiki tenaga fizikal, pembersihan usus mencegah sembelit seterusnya,
pembuangan lemak, toksin dan minyak dalam badan... yang paling penting punca
makanan itu perlulah HALAL InsyaAllah tubuh sihat... ✔Disertakan juga dengan video dari sumber
firestartingautomobil Youtube
...
Allah menjadikan penyakit dan Allah telah menyediakan penawarnya... Berusahalah
mencari penawar....
Kita sebagai manusia harus berusaha, beriktiar ,berdoa
bersungguh-sungguh dan bertawakal Kepada Allah SWT... Allah SWT sahaja yang
maha berkuasa...
Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
--------Wallahu a'lam.--------
MERDEKA MERDEKA
MERDEKA
-Selitkan rasa syukur kerana kita bebas daripada cengkaman penjajah dan
penindasan. Di bumi Malaysia
ini kita cukup bertuah kerana hidup aman, bersama-sama sebagai warga Malaysia
walaupun terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan agama.
-Sebagai umat
Islam kita perlu mentaati pemerintah selagi ia tidak kufur kepada Allah. Tindakan
menentang dan menyebakan keburukan kepada kerajaan akan memberikan ruang kepada
musuh-musuh Islam untuk mengambil peluang untuk mengganggu gugat urusan negara
sehingga menimbulkan pelbagai ancaman.
Firman ALLAH s.w.t
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amin" (orang-orang yang berkuasa)
dari kalangan kamu"
(Surah An-Nisa ayat 59)
"Sesiapa yang taat kepada Ku, beerti ia taat kepada Allah, sesiapa yang
derhaka kepadaKu bermakna dia derhaka kepada Allah; sesiapa yang taat kepada
pemerintah bermakna ia taat kepadaKu, dan sesiapa yang derhaka kepada
pemerintah bermakna ia derhaka kepadaKu."
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah).
-Al- Fatihah kepada semua pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair kita.. Jasa dan
pengorbanan mereka terlalu besar dan pada kita dan anak anak kitalah tergalas
amanat untuk mempertahankan kemerdekaan ini dan memakmurkan negara tercinta ini
Maka Tanggungjawab kita adalah terus kekalkan kemerdekaan ..
✔Disertakan
juga dengan video dari sumber firestartingautomobil Youtube
...
-Malaysia
tidak boleh terbina tanpa adanya pejuang-pejuang terdahulu dan kita harus
bersyukur dan berterima kasih di atas pengorbanan mereka dalam perjuangan
mempertahankan maruah negara... Terima kasih kepada pejuang-pejuang negara yang
menjadikan Malaysia
aman makmur dan terus MERDEKA.. Hargailah keamanan dan kestabilan hidup dalam
sebuah Negara yang merdeka.. Selamat
Hari Kemerdekaan...
Terjemahan Surah Al Fatihah
-Pandai baca tapi tak tahu maksud. Alangkah ruginya kan. Jadi marilah kita
sama-sama hayati setiap maksud Al-FATIHAH yang selalu kita baca setiap
hari ini.
-Lagu nie sesuai untuk semua peringkat usia. Lagi-lagi untuk anak-anak yang baru nak belajar. InsyaAllah pasti ianya membantu. Juga untuk kita-kita mungkin sudah lupa...
-Sekadar
mahu berkongsi.. Makna Al-Fatihah yang dibaca sehari-hari. Amat indah
jika kita benar-benar memahaminya tatkala kita menyembahNya.. dan tidak
lupa juga segala bacaan yang kita baca sewaktu solat lima waktu.
Berusaha untuk ke arah yang lebih baik.. InsyaAllah dipermudahkanNya..
Aminn. Surah al-Fatihah penuh keistimewaan
Baca Surah Al Fatihah dulu kemudian doa...
1)"Ya
Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah
Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama
ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan
ditunaikan hajatku..........."
2)"Ya Allah, sesungguhnya aku
mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya
Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan
Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang
banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya
Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan
kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang
kuhajati........"
3)"Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan
kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan
tetap disisi-Mu".
4)"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap
penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang.. Ya Allah
sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah,
Engkaulah yang menyihatkan". ✔Disertakan juga dengan video dari sumber firestartingautomobil Youtube
Ini adalah versi kanak-kanak sangat sesuai untuk tujuan penghafalan maksud..
....mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
Hari ni rasanya ada satu perkara bagi pendapat saya baiknya dipanjangkan kepada umum kerana simpan pun nak buat apa kan ?
-Surah Al-Fatihah adalah Fatihatul Kitab (Pembukaan Kitab) yang diturunkan dari Perbendaharaan di bawah Arays dan ia merupakan ‘doa’ yang paling mustajab.
“Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung.”
(Q.S. Al Hijr 15: 87).
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seutama-utama Al-Quran adalah ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin.’
(Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi)
- Maka tidak hairanlah Surah al-Fatihah adalah merupakan bacaan paling penting dalam solat, surah yang kita baca pada setiap rakaat dalam setiap solat (7 ayat lebih 17 kali dibaca sehari).. Surah Al-Fatihah adalah pembuka jalan kepada kebenaran dan kunci kejayaan menuju alam akhirat. Kerana seluruh isi Al-Quran ataupun kalimah-kalimah Allah yang terkandung dalam kebesaran kitab-kitabNYA, terkandung di dalam Surah Al- Fatihah..
Surah al-Fatihah dalam Solat
Firman Allah SWT yang bermaksud
Aku telah membahagikan solat (Al Fatihah) kepada dua bahagian. Separuhnya untuk-Ku dan separuh lagi adalah untuk hamba-Ku.
1-Apabila seseorang itu berkata, “Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam,”
Allah berkata, “hambaKu telah memujiKu.”
2-Apabila seseorang itu berkata “yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,”
Allah berkata, “hambaKu telah menyanjungKu.”
3-Apabila seseorang itu berkata “ Yang Menguasai Hari Pembalasan,”
Allah berkata, “hambaKu telah memuliakanKu.”
4-Apabila seseorang itu berkata “kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan,”
Allah berkata, “ini adalah antara Aku dan hambaKu, dan hambaKu akan mendapat apa yang dipintanya.”
5-Apabila seseorang itu berkata “Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat, bukannya jalan orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat,”
Maka Allah berkata, “semua ini adalah untuk hambaKu, dan hambaKu akan mendapat apa yang dipintanya.”
(Hadith tersebut dalam Sahih Muslim dari hadith al-Ala ibnu Abdur Rahman Maula al-Harwah dari bapanya dari Abu Hurairah dari Rasulullah SAW)
✔Disertakan juga dengan video dari sumber firestartingautomobil Youtube
Semoga dengan cara ini diharapkan memudahkan dan membantu kita atau anak-anak menghayati dan memahami surah al-fatihah..
Surah al-Fatihah penuh keistimewaan
...Setiap yang berlaku itu juga ada hikmahnya. Setiap penyakit dan masalah
yang kita terima ada penawarnya. Bacalah dan amalkan SURAH AL FATIHAH
untuk pendinding diri,Menjauhkan
diri dari segala bahaya dan penawar segala jenis penyakit dengan izin Allah . Sebab itu DOA yang
di mudah di terima Allah SWT adalah disedekahkan surah Al Fatihah
terdahulu kepada Rasulullah SAW, Nabi-nabi dan sahabat-sahabat baginda serta umat islam dan barulah berdoa...
Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat. --------Wallahu a'lam.--------
Hari ni rasanya ada satu perkara bagi pendapat saya baiknya dipanjangkan kepada umum..Mudahan ada gunanya jugak nanti...
-Sesungguhnya doa seorang anak soleh kepada arwah ibu bapanya adalah
amalan yang boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh.
-Perkara
ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
'Apabila mati Seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya
kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan
daripadanya dan doa daripada anaknya yang soleh. ' (Hadis riwayat
Muslim).
-Tidak ada pemberian kepada ibu bapa yang paling berharga
daripada selain ditunggu doa-doa dari seorang anaknya. Jangan
sesekali meninggalkan doa dan sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibubapa
(baik yang hidup mahupun yang sudah tiada).
Maksudnya:Ya ALLAH.. Sampaikanlah Seumpama pahala bacaanKu kepada roh ibuku
……… (Sebut nama ibu)………
Ya ALLAH ampuni dosanya kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Maksudnya: Ya ALLAH.. Sampaikanlah Seumpama pahala bacaanKu kepada roh bapaku
……… (Sebut nama bapa) ………
Ya ALLAH ampuni dosanya kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Tidak akan terputus
rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang
tua nya dalam sehari. Buatlah yang terbaik untuk mereka yang telah
menjaga Mu dengan penuh kasih sayang.
Al-Fatihah.... Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin......
✔Disertakan juga dengan video dari sumber firestartingautomobil Youtube
.
..
Ya Allah...Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untuk Mu.Dari Mu kami datang dan kepadaMu kami kembali.
Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
Surah Yasin merupakan surah ke-36 dalam kitab suci Al Quran. Surah Yasin termasuk Surah Makiyyah yang ertinya surah yang diturunkan di Mekah.. . Ayat-ayat tersebut diturunkan sebelum Rasulullah SAW hijrah ke Madinah.
Kebanyakan orang selalunya membaca surah Yasin pada
1.Setiap malam jumaat
2.Memulakan atau menutup majlis ta’lim
3. Ketika ada atau setelah kematian 4.Tahlil arwah 5.Sambut tahun baru 6.Majlis doa selamat
7.Selepas Solat Hajat terutama menjelang peperiksaan sekolah
Kelebihan membaca Surah Yasin ini adalah:
“Barangsiapa membaca surah Yasin, sampai pada ayat ‘Iz JAA aHal mursaluun’ berdoa memohon kepada Allah, maka dikabulkan permohonannya.”
(Isnad sahih diriwayatkan dari Abu Bakar dan Ibnu Abbas r.a.)
-Keampunan
-Keredhaan.
-Cepat sembuh.
-Panjang umur.
-Tunai hajat.
-Hindari gangguan makhluk halus.
-Mudah hadapi sakaratul maut.
-Apa-apa pun…. Harus di ingatkan membaca Surah Yassin harus semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH SWT. Karena hanya pada-Nya jualah kita dapat memperoleh segala yang kita inginkan baik di dunia maupun diakhirat. Insya Allah yang selalu membaca Yasin senantiasa memperoleh kebaikan.
Doa Selepas Membaca Surah Yasin
Selepas selesai membaca Surah Yasin, bacalah surah-surah berikut:
Surah Al-Insyirah (1x)
Surah Al-Qadr (1x)
Surah Al-Fiil (1x)
Surah Al-Ikhlas (1x)
Surah Al-Falaq (x1)
Surah An-Naas (1x)
.
Doa Yasin
Adalah disarankan selepas membaca Surah ini sebaik-baiknya dibaca juga Doa Yasin seperti berikut;
✔Disertakan juga dengan video dari sumber firestartingautomobil Youtube
Surah Yasin ibarat “intisari” dalam Al-Qur’an.
Surat Yasin 1000 tahun telah dibacakan sebelum langit bumi dan Nabi Adam diciptakan. Sebelum Allah wahyukan Al Qur’an dan sebelum Allah bacakan Al Qur’an kepada Nabi Muhammad Saw, lebih dahulu Allah Ta’ala telah bacakan surah Thahaa dan Yasin jauh sebelum Adam diciptakan, bahkan ada keterangan lain menyebutkan, sebelum langit dan bumi ini diciptakan, selama seribu tahun. Ini adalah urusan Allah sebelumnya Al Qur’an di turunkan atau sebelumnya surah Yasin diwahyukan. Maka ketika para malaikat mendengarkan bacaan itu, mereka semua berkata: Thuuba… (Alangkah bahagia, senang, luar biasa bagi umat yang akan menerima diturunkannya surah ini dan bagi lisan-lisan yang selalu membicarakan surah ini..)
Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
Setiap kali tiba hari raya aidilfitri orang di Johor secara tradisinya kebanyakkannya akan membuat rombongan marhaban dari rumah kerumah jiran tetangga atau penduduk setempat...
- Perkataan marhaban itu sendiri merupakan perkataan Bahasa Arab yang bermaksud 'selamat datang'. Boleh dikatakan sebagai mengalu-alukan kedatangan para tetamu berkunjung ke rumah.
-Masyarakat Jawa sering dikaitkan dengan Bara’an. Kebetulan plak aku ni orang Jawa kan .. Klu orang Jawa Sebut sebagai " Bara'an" maksudnya Berarak sambil bermarhaban..
Sebenarnya hari ni orang pakatan kampungaku ade buat marhaban dari rumah ke rumah, ziarah- menziarahi antara tetangga kejiranan sempena sambutan hari rayasambil disertai dengan bacaan Selawat ke atas Nabi...
-Sepotong Hadith Rasulullah s.a.w diriwayatkan oleh Abu Daud:
Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga
Memang saban tahun,
lepas ajer sembahyang raya, aku akan turut dan tak melepas peluang
menyertai Rombongan Marhaban Kumpulan Lelaki tersebut. Kerana bagi aku, hak sebagai jiran seharusnya aku menziarahi mereka bertanya khabar.. Sambil beraya sambil berselawat... .Memang terasa
meriah hari raya.. Bila dah habis marhaban ni, sunyi pulak rasanya...
Tujuan Marhaban/Bara’an diadakan
1)Marhaban mengeratkan silaturrahim
Memberi peluang kita berjumpa dengan keseluruhan kejiranan kita, Bila macam ni, baru la dapat jumpa orang-orang kampung secara lebih dekat.. sebelum ni dudok sengih dari jauh je kann...dengan cara ini hubungan silaturrahim sesama penduduk/masyarakat dapat dieratkan..
a-Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka berbaiklah kamu terhadap saudara kamu
(Al-Hujurat: 10)
b-
Sabda Rasulullah SAW daripada Anas bin Malik yang bermaksud: “Barang siapa suka untuk dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturahim.”
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
.
c-Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri.
(Hadis riwayat al-Bukhari)
d-Ingat pesan Nabi SAW, mereka yang memutuskan silaturahim lebih dari tiga hari tidak akan menghidu bau syurga.
e-Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik teman di sisi Allah yang baik terhadap temannya dan sebaik-baik tetangga disisi Allah ialah yang baik terhadap tetangganya
f-Ada dua jenis dosa yang seksaannya disegerakan di dunia, berbuat zalim dan memutuskan silaturahim.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
2)Saling mendoakan kebaikan
Kebiasaannya rombongan ini akan diketuai oleh seorang ketua mengetuai bacaan selawat keatas Junjungan Nabi Muhammmad. Selesai berselawat, ketua tersebut akan membacakan doa dan memohon keberkatan keselamatan, kesihatan, murah rezekidan kesejahteraan keatas seisi rumah tersebut.
3) Saling bermaafan sesama kita
Seterusnya, ucapan maaf dilafaskan pada wakil rombongan Marhaban mewakili pendudukterhadap tuan rumah.. Kemudian tuan rumah juga akan memberi ucapan balas memperkatakan sesuatu sebagai tanda terima kasih atas kesudian hadir ke rumahdanmemohon kemaafan kepada semua rombongan marhaban.
4)Sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w iaitu apabila kita menerima tetamu mereka perlu diberi layanan mesra dan sempurna supaya dapat kita beroleh seribu rahmat dan menjauhkan dari seribu kecelakaan... Sebab itu kebiasaannya Sesudah selesai marhaban...ada sedikit jamuan ringan untuk para rombongan marhaban...Itu pon kalau tuan rumah tak keberatan dan tak menyusahkan tuan rumah.. kerana itu bukan benda wajib perlu di adakan... Kalau tak ada jamuan pon rombongan marhaban tetap datang juga ..
5.Selain dapat mengeratkan tali silaturrahim, untuk yang kanak-kanak, boleh dapat duit raya. Kalau 1 rumah dapat RM1, kalau dah marhaban sekampung... Dah berapabanyak rumah yang kita singgah... kayooo lahh bebudak tu Seronok kan... -Tapi sebenarnya pemberian duit raya yang diberikan oleh tuan rumah boleh kita anggap sekadar bersedekah kepada anak-anak kecil ni kerana mahu menggembirakan budak-budak sahaja. Kalau tak memberi duit raya rasanya pon tak apa kerana bukanlah satu kewajipan malah mengikut kemampuan dan rasanya itu niat ikhlas tuan rumah sahaja nak bagi. Mudahan mendatangkan barakah bersedekah ni...
✔Disertakan juga dengan video dari sumber firestartingautomobil Youtube
Ok lahhh sampai sini sudah ye... Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.. Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat. --------Wallahu a'lam.--------
Takbir Hari Raya Saper laa tak sebak bila dengar takbir raya...Tanpa takbir Hari Raya, seolah-olah tiada Hari Raya, baik Hari Raya Qurban, maupun Hari Raya Puasa. Takbir itulah tandanya Hari Raya. Mendengar alunan takbir raya secara adatnya akan membuat kita 'feeling'. Pelbagai rasa meresap di jiwa ketika mendengar takbir raya. Ada rasa sedih, terharu, bahagia, insaf dan pelbagai perasaan yang walau apapun perasaan itu, . Perasaan yang hanya dapat dinikmati dua kali sahaja setahun. Kerana tidak ditakbirkan pada hari-hari selainnya hari raya.
Kepentingan Takbir 1. Satu syiar bagi menzahirkan rasa gembira dan tanda bersyukur kepada Allah. 2. Tanda kemenangan melawan hawa nafsu mazmumah sepanjang Ramadan. 3. Lambang penyatuan dan kekuatan ummah melalui roh takbir, kerana umat Islam, membesarkan Allah dan melaungkan takbir yang sama di seluruh dunia. 4. Laungan takbir menyejukkan jiwa, menenangkan fikiran dan melapangkan hati untuk bermaafan. 5. Takbir dan tahmid dianggap penyubur ukhuwah dalam mengukuhkan ikatan jalinan persaudaraan umat Islam.
Waktu Mulai & Berakhir Takbir
1)Takbir Hari Raya Aidilfitri, waktu takbir bermula daripada terbenamnya matahari (bermula pada maghrib) pada hari akhir Ramadan hingga selesai solat raya.
2)Takbir Hari Raya Aidiladha pula disunatkan bertakbir pada petang hari Arafah atau 9 Zulhijah dan pada hari-hari Tasyriq, iaitu hari 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah.
1) Takbir Hari Raya Aidilfitri
-Allah berfirman : “Dan sempurnakan ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam Ramadan (29 atau 30 hari) dan bertakbirlah membesarkan Allah atas petunjuk yang diberikannya kepada kamu supaya kamu bersyukur”.
(Qs al-Baqarah 185)
-Rasulullah pula bersabda “Hiasilah hari raya kamu dengan takbir dan tahmid”.
-Nabi SAW keluar daripada rumah menuju ke tanah lapang (tempat solat hari raya) kemudian baginda SAW bertakbir sehingga tiba di tanah lapang. Baginda saw terus bertakbir sehingga solat selesai. Setelah menyelesaikan solat, baginda SAW menghentikan takbir.
(HR. Ibn Abi Syaibah )
2)Takbir Hari Raya Aidiladha
-Allah berfirman, yang ertinya: “…supaya mereka berzikir (menyebut) nama Allah pada hari yang telah ditentukan…”
(Qs. Al Hajj: 28)
-Allah juga berfirman, yang ertinya: “….Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang berbilang…”
(Qs. Al Baqarah: 203)
Menurut Tafsirnya:
1-Yang dimaksud berzikir pada dua ayat di atas adalah melakukan takbir
2-Kerana Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhuma mengatakan: “Yang dimaksud ‘hari yang telah ditentukan’ adalah tanggal 1 – 10 Zulhijjah, sedangkan maksud ‘beberapa hari yang berbilang’ adalah hari tasyriq, tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijjah.”
(HR Al Bukhari )
3-Diriwayatkan dari ‘Ali dan ‘Ammar r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. bertakbir bermula dari hari ‘Arafah (selepas) solat subuh dan memutuskannya (yakni berhenti bertakbir) selepas solat asar hari terakhir Tasyriq”.
(HR Imam al-Hakim)
Sejarah Takbir
-Merujuk sirah Rasulullah S.A.W,lafaz takbir ini bermula ketika dalam peristiwa Peperangan al-Ahzab atau Peperangan Khandaq yang berlaku pada tahun 5H di kota Madinah.
-Dalam peperangan itu tentera Islam dapat mengalahkan tentera pimpinan Abu Suffian serta dapat membunuh Abu Jahal. Tentera Islam mengandungi kekuatan tentera seramai 3000 orang manakala tentera bersekutu (tentera Ahzab) mengandungi kekuatan seramai 10000 orang yang terdiri daripada kafir Quraisy dibantu pula oleh puak-puak Yahudi dan Arab seperti Bani Nadir, Quraizah dan Bani Wail.
-Ketika Abu Jahal sedang nazak kepalanya hampir terputus daripada tubuhnya. Kemudian datang seorang sahabat memenggal kepala beliau dan mempersembahkan kepada Rasulullah. Lalu, Rasulullah bertakbir Allahu Akbar… (sebagaimana takbir yang dibacakan ketika raya)
-Kemenangan Islam dalam Perang Khandaq diiringi dengan beberapa peperangan lain yang berlaku dalam bulan mulia penuh dugaan yakni Ramadhan inilah yang dirayakan dengan takbir memuji kebesaran tuhan yakni perayaan Aidilfitri. Di situlah bermulanya sebuah kisah perjuangan yang hebat dan bukan sekadar takbir kerana puasa. Sebaliknya membawa erti peperangan mengalahkan musuh di medan peperangan yang sebenar.
✔Disertakan juga dengan video dari sumber firestartingautomobil Youtube
Selamat Hari Raya Aidilfitri / Aidiladha -- Maaf Zahir & Batin.. Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
--------Wallahu a'lam.--------
-Teringat semasa di sekolah menengah (zaman bergelar pelajar sekolah) kami akan membaca asmaul husna setiap kali perhimpunan pagi. Bila teringat balik masa sekarang ni.. Sungguh Indah alunan zikir Asmaul-Husna (nama-nama indah milik Allah)... Walaupun ianya nampak mudah, tak ramai yang mengamalkannya..
-Asma ul Husna merupakan serangkai nama-nama indah. Menyimpan rahmat dan kenikmatan dalam minda insan yang mendambakan keredhaan Penciptanya. Allah SWT memperkenalkan diriNya kepada sekalian makhluk melalui perantaraan nama-nama dan sifatNya Yang Mulia bagi membuka pintu makrifat dalam merasakan kemurnian cinta Ilahi yang dilimpahkan kepada segenap makhlukNya.
-Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: "ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." -
(Surah Al-A'raf:180)
-"Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik) "Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"-
(Surah Thaha:8)
-Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" -
Riwayat Bukhari
-Selain daripada itu,mereka yang mengamalkannya InsyaAllah antaranya akan :-
1)Dimakbulkan hajatnya
2)Dilimpahkan rezekinya dan kekayaan
3)Terselamat daripada bala bencana.
4)Disembuhkan penyakitnya
5)Ditingkatkan kedudukan dan darjatnya
6)Diterangkan hati semasa menuntut ilmu
7)Sejahtera dan bahagia hidupnya
-Sebenarnya berbagai-bagai lagi fadhilatnya...Tak terkira banyaknya kebaikan yang boleh kita dapati dari Asmaul Husna ini ..
-Apabila kita menyemat Asmaul Husna ini di dalam sanubari kita, Insyallah kita akan semakin dekat dengan Allah SWT iaitu pencipta kita. Dari situ juga memudahkan kita untuk memohan sesuatu kepada Allah SWT ..
✔Disertakan juga dengan video dari sumber firestartingautomobil Youtube
-Berbekallah untuk hari yang sudah pasti. Sesungguhnya kematian adalah muaranya manusia. Relakah dirimu menyertai segolongan orang.. Mereka membawa bekal sedang tanganmu hampa? Semoga kita semua mendapat keberkatan dengan mengamalkan zikir ini.....
-Betapa banyaknya pahala jika kita mendengar alunan zikir, apa lagi menyebutnya..
-Ketahuilah…. bahawa makhluk haiwan dan tumbuhan Allah
ciptakan hanya berzikir kepada Allah di samping memberi khidmat pada manusia.,
ia tidak pernah berhenti berzikir kepada Allah sehinggalah hari kiamat….
-Sedangkan makhluk Allah yang kecil itu
bersungguh-sungguh tanpa penat berzikir memuji Allah.. -Terima kasih Allah kerana mengingatkan aku supaya
tidak lupa kepadaMu. Subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illalllah
wallahu akbar.
-Jangan lah kita sebagai manusia berat hendak melafas tasbih, tahmid, tahlil dan takbir sebagai tanda kita bersyukur atas nikmat kurnia yang Allah bagi pada kita...
-Rasulullah saw. bersabda, "Lazimkan membaca subha nallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon".
(HR Ibnu Majah)
-Di antara zikir yang boleh dirutinkan setiap saat, dibaca agar lisan terus basah dengan zikrullah adalah empat kalimat mulia iaitu
Cerita disebalik zikir ini:
1)Kalimah Subhanallah
Ibnu Abbas RA berkata: “Ketika Allah SWT menjadikan Arasy, lalu menyuruh malaikat memikulnya. Para malaikat merasakan amat berat memikulnya. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca (menyebut); Subhanallah. Sebaik sahaja malaikat membacanya, maka terasa ringan memikul Arasy dan mereka terus menyebut (berzikir) selama-lamanya.”
2) Kalimah Alhamdulillah Kata Ibnu Abbas ra lagi: “Apabila Allah SWT menjadikan Adam as. Maka mula-mula yang keluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalu Allah ilhamkan kepadanya untuk membaca (menyebut); Alhamdulillah. Sebaik sahaja Adam as menyebut Alhamdulillah, lalu Allah menjawab; Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau).
“Kemudian malaikat berkata: Inilah kalimah mulia dan baik dan tidak sepatutnya kami abaikan. Maka para malaikat pun membaca (berzikir) Suhhanallah Walhamdulillah.
3) Kalimah Laa illaha illallah “Para malaikat membaca (berzikir) demikian sehinggalah Allah SWT mengutuskan Nabi Nuh as. Oleh kerana kaum Nabi Nuh adalah kaum pertama menyembah berhala, maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh as supaya menyuruh kaumnya membaca; Laa illaha illallah bagi mendapatkan keredhaan Allah.”
“Lalu berkata malaikat: “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan. Maka malaikat pun menggabungkan dengan dua kalimah sebelumnya untuk menjadi: Subhanallah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah.”
“Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim as.
4)Kalimah Allahu akbar Setelah terutusnya Nabi Ibrahim as, Allah SWT telah memerintahkan baginda menjalankan korban ke atas anaknya, yang mana akhirnya Allah telah menebus anaknya Ismail dengan seekor kibas (kambing).
“Apabila Nabi Ibrahim as melihat anaknya terselamat dari disembelih dan digantikan dengan kibas (kambing), maka Nabi Ibrahim as menyebut: Allahu akbar, kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.
Berkata para malaikat: “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar. Kemudian para malaikat menggabungkan kalimah itu dengan tiga kalimah sebelumnya menjadi: Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar.”
5) Kalimah Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.
“Ketika malaikat Jibril as menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW, baginda merasa kagum dan terus melafazkan: Laa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.”
Kemudian Jibril as berkata: Gabungkan kalimah yang empat itu sehingga menjadi Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar, Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.
✔Disertakan juga dengan video dari sumber firestartingautomobil Youtube
Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.