Wednesday, August 8, 2012

Doa Mohon Taubat

Doa Mohon Taubat
-Semua kita buat salah dan dosa.Sama ada dosa dengan Allah.Buat salah dengan mak abah, keluarga.Buat silap dengan kawan-kawan.Atau bersalah pada diri sendiri.Mungkin kita buat dosa tu semalam. Atau sekarang. Atau esok-esok.
-Adakah kita dah minta ampun, minta maaf dari dosa dan salah semua tu?
-Baiknya Allah ni, sekali pon sebesar gunung kesalahan kita tapi dah minta ampun seenar-benar taubat pada Dia, Dia tak ungkit dah nanti bila di Padang Mahsyar.Allah dah padamkan semua tu dari buku amalan kita.Kalau main-main je minta ampun, bukan Allah tak tahu ... 
Meninggalkan perbuatan dosa. 
-Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya."
 (Riwayat at-Tirmizi)
-Sebenar-benarnya taubat ialah taubat nasuha yang dapat meleburkan dosa sebelumnya. Dan Allah  Maha menerima taubat hamba-hambaNya yang mau bertaubat kepadaNya.
-Dan orang yang bertaubat dari segala dosa bagaikan orang yang tidak memiliki dosa. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman, artinya, “Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(QS. asy-Syura: 25).
Perhatian:
-Janganlah sekali-kali kita memandang kecil akan dosa,
-kerana dosa yang tidak terampun, walau sebesar habuk, pasti balasannya neraka.
Disertakan juga dengan video dari   firestartingautomobil Youtube
 
Semoga Doa ini jadi panduan  , mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
-------Wallahu a'lam.-------

No comments:

Post a Comment