Sunday, August 12, 2012

Zikir Harian Patut Diamalkan

Zikir Harian
-Betapa banyaknya pahala jika kita mendengar alunan zikir, apa lagi menyebutnya..
-Ketahuilah…. bahawa makhluk haiwan dan tumbuhan Allah ciptakan hanya berzikir kepada Allah di samping memberi khidmat pada manusia., ia tidak pernah berhenti berzikir kepada Allah sehinggalah hari kiamat….
-Sedangkan makhluk Allah yang kecil itu bersungguh-sungguh tanpa penat berzikir memuji Allah..  
-Terima kasih Allah kerana mengingatkan aku supaya tidak lupa kepadaMu. Subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illalllah wallahu akbar.
-Jangan lah kita sebagai manusia berat hendak melafas tasbih, tahmid, tahlil dan takbir sebagai tanda kita bersyukur atas nikmat kurnia yang Allah bagi pada kita...

-Rasulullah saw. bersabda, "Lazimkan membaca subha nallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon".
  (HR Ibnu Majah)
-Di antara zikir yang boleh dirutinkan setiap saat, dibaca agar lisan terus basah dengan zikrullah adalah empat kalimat mulia iaitu 
 
Cerita disebalik zikir ini:

1)Kalimah Subhanallah
Ibnu Abbas RA berkata: “Ketika Allah SWT menjadikan Arasy, lalu menyuruh malaikat memikulnya. Para malaikat merasakan amat berat memikulnya. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca (menyebut); Subhanallah. Sebaik sahaja malaikat membacanya, maka terasa ringan memikul Arasy dan mereka terus menyebut (berzikir) selama-lamanya.” 

2) Kalimah Alhamdulillah
 Kata Ibnu Abbas ra lagi: “Apabila Allah SWT menjadikan Adam as. Maka mula-mula yang keluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalu Allah ilhamkan kepadanya untuk membaca (menyebut); Alhamdulillah. Sebaik sahaja Adam as menyebut Alhamdulillah, lalu Allah menjawab; Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau).
“Kemudian malaikat berkata: Inilah kalimah mulia dan baik dan tidak sepatutnya kami abaikan. Maka para malaikat pun membaca (berzikir) Suhhanallah Walhamdulillah.
 
3) Kalimah Laa illaha illallah
 “Para malaikat membaca (berzikir) demikian sehinggalah Allah SWT mengutuskan Nabi Nuh as. Oleh kerana kaum Nabi Nuh adalah kaum pertama menyembah berhala, maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh as supaya menyuruh kaumnya membaca; Laa illaha illallah bagi mendapatkan keredhaan Allah.”
“Lalu berkata malaikat: “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan. Maka malaikat pun menggabungkan dengan dua kalimah sebelumnya untuk menjadi: Subhanallah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah.
“Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim as.  

4)Kalimah Allahu akbar
Setelah terutusnya Nabi Ibrahim as, Allah SWT telah memerintahkan baginda menjalankan korban ke atas anaknya, yang mana akhirnya Allah telah menebus anaknya Ismail dengan seekor kibas (kambing).
“Apabila Nabi Ibrahim as melihat anaknya terselamat dari disembelih dan digantikan dengan kibas (kambing), maka Nabi Ibrahim as menyebut: Allahu akbar, kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.
Berkata para malaikat: “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar. Kemudian para malaikat menggabungkan kalimah itu dengan tiga kalimah sebelumnya menjadi: Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar.

5) Kalimah Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.
“Ketika malaikat Jibril as menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW, baginda merasa kagum dan terus melafazkan: Laa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.”
Kemudian Jibril as berkata: Gabungkan kalimah yang empat itu sehingga menjadi Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar, Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.
Disertakan juga dengan video dari sumber firestartingautomobil Youtube 
Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
-------Wallahu a'lam.------

22 comments:

  1. SALAM BRO MOHON SHARE...ALAHAMDULLILAH..TQ ALLAH.

    ReplyDelete
  2. baru lah aku tahu dari mana zikir tu sebenarnya..

    ReplyDelete
  3. ZIKIR mempunyai kedudukan sangat istimewa kerana ibadah ini digalakkan Islam sebagai satu bentuk amal ibadah yang menunjukkan sifat tunduk serta patuh sepenuhnya kepada Allah, disertai pula rasa kasih, reda dan yakin kepada-Nya.

    ReplyDelete
  4. Minta dikongsi ye.. :-D
    Trm ksh...

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas ilmu hari nie... moga mendapat barakah... amin

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas ilmu ini..mohon share

    ReplyDelete