Wednesday, August 8, 2012

Istighfar- Munajat Taubat

Istighfar- Munajat Taubat

-Hari ni satu pertanyaan buat diri kita??? Boleh ke korang cakap korang tak buat dosa hari ni? Confirm takda dosa ke?
-Ya Allah,kita bukan Maksum... walaupun korang munking tak buat dosa pada manusia, tak buat salah, tapi korang sure korang tak buat silap pada binatang serangga. Korang tak tahu yang munkin masa tengah berjalan, kita terpijak semut. Itu dosa kecik, korang tak sengaja kan tapi ia tetap dosa sebab tu kita patut bertaubat memohon keampunan pada Allah setiap hari dan bermaafan antara kita. Kalau kita mudah memaafkan orang lain, dengan mudah nya Allah memaafkan kita.
Memperbanyakkan istighfar. 
-Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas RA.)

" Dan Allah tidak akan sekali-kali akan menyeksa mereka,sedang engkau (wahai Muhammad) ada diantara mereka ; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (memohon ampun) . "
(Anfal : 33 )
"Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya".
 (Riwayat Al-Imam Abi Daud)
-Hebatnya kekuatan istighfar itu sebagai munajat taubat dan banyak kelebihan bagi orang yang sering beristighfar. Justeru, digalakkan kita sentiasa beristighfar sebagai pendekatan secara lisan untuk memohon keampunan daripada Allah, kemudian diikuti dengan amalan soleh. Semoga Allah mengampunkan saya. Saya  ingin berkongsi dengan anda zikir taubat Astaghfirullah Rabbal Baraya.
Disertakan juga dengan video dari sumber  firestartingautomobil Youtube
 
Semoga zikir taubat Astaghfirullah Rabbal Baraya ini jadi panduan dan di amalkan , mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
-------Wallahu a'lam.-------

No comments:

Post a Comment

Post a Comment