Thursday, August 9, 2012

Tarhim Subuh

Tarhim Subuh
-Masih saya ingat.... Ketika saya kecil dulu tingal di kampung, masjid atau surau tak jauh tempat saya tinggal biasanya menjelang subuh selalu masjid atau surau tempat saya sering ada orang (tok modim/ muazzin) baca tarhim  subuh…. Sayup-sayup tidak berapa jelas butir bacaannya yang sayu dan syahdu itu.. Sekarang ni susahnya nak dengar tarhim subuh nie, kat kampung-kampung mungkin masih ada lagi…sangat-sangat rindu suasana itu.. Serius ni memang susah sangat nak dengar tarhim tuu macam dulu-dulu....
-Tarhim adalah satu jenis bacaan (Selawat zikir)  yang dibaca oleh para muazzin mengingatkan jemaah sekitarnya bahawa hampirnya sebelum masuk waktu subuh. Walau pun amalan tarhim yang dilakukan adalah bid'ah hasanah kerana tarhim tidak pernah dilakukan di zaman sahabat Rasulullah SAW tetapi ia mula diamalkan di zaman ulama' khalaf. kerana hikmah tarhim itu bertujuan memuji, membesar dan mengagung-agungkan Allah SWT. Di samping untuk memperingatkan masyarakat Islam untuk bersegera ke masjid/surau untuk menunaikan solat Subuh berjamaah.  
-Bagi saya walau pun ianya di ada-adakan ( bid'ah) tapi itukan semua tujuan niat yang baik…Ulama dahulu menyusun tarhim subuh adalah untuk menjadikan orang lebih bangun awal. Tujuan memperdengarkan bacaan Tarhim ni melembutkan hati yang keras dan menyingkirkan rasa lalai untuk segera bangun dari tidur.. Kerana bagi mazhab Syafie, afdhal kita menyegerakan solat subuh sejurus sahaja selepas azan...

Disertakan juga dengan video dari sumber  firestartingautomobil Youtube

Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
kalau ada salah dan silap tegurlah secepat yang mungkin, mudah-mudahan itu akan membawa kebaikan bersama
-------Wallahu a'lam.-------

5 comments:

  1. Sy suka..in shaa Allah masjid sy di sabak bernam nnti akn sy laungkn..mmg sy rindu dan teringin utk melakukannye..

    ReplyDelete
  2. Di tempat sy bekerja pun sudah tiada muadzin yang membaca tarhim sblum subuh. Klu awal-awal sy mari tahun 2017 masih ada,tp mulai seorang muadzin ni sakit dan terpaksa melepaskan jawatan trus tiada kedengaran lg bacaan tarhim ni.😭😢

    ReplyDelete
  3. Salam.sangat baik bacaan tarhim ni cuba perhatikan maksudnya.
    Didoakan semuga dpt.dhidupkan bagi semua masjid .

    ReplyDelete
  4. Saya suka dengar masjid di skudai kanan Johor Bahru, dan juga masjid Abu Bakar Johor Bahru, complete 8 maqamat...

    ReplyDelete