Thursday, August 9, 2012

Solat & Doa Dhuha

 Solat & Doa Dhuha
- hiyak!!!! saya susah bangun pagi..hah berkait dengan entri kali nie lak, mesti korang pon susah giler nak bangun pagi.. hehe...syok woo tidoo..nak pergi keje pom jadi malas gile..bunyi jam loceng tu ibarat lagu merdu je kadang-kadang...hehe makin lena! ish-ishhh...Sebenarnya tak elokkan?? 
Melazimi solat Dhuha. 
-Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. 
Firman Allah dalam hadis qudsi:"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." 
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
-Berkata Abu Murrah Ath-Tha'ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
"Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya."

(Riwayat Ahmad)
-Nabi SAW ada bersabda: "Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan." 
 (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
-Rasulullah s.a.w. menjelaskan: "Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya." (lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari.)

-Sekurang-kurangnya 2 rakaat setiap pagi.. Solat Dhuha memurahkan rezeki. Boleh la amalkan. InsyaAllah Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang..Setelah selesai solat hendaklah baca "Subhanallah Walhamdulillah Astaghfirullah Wallahu Akbar"
-Setelah selesai solat disunatkan pula berdoa dengan doa memohon kurniaan rezeki:
Kelebihannya
1. Dia tergolong dikalangan orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah
2. Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga
3. Diberikan ketenangan dalam hati dan kepuasan dalam setiap pekerjaan.
4. Menarik rezeki dan menolak kepapaan.
5. Diberikan rezeki ( bukan sahaja dalam bentuk kemewahan wang ringgit sahaja ) tetapi rezeki anak yang soleh, isteri atau suami yang bertanggungjawab dan menenangkan jiwa, pekerjaan yang halal dan diberkati.
6. Allah memudahkan segala urusan
7. Diberikan rezeki sihat tubuh badan
8. Diberikan rezeki keturunan yang soleh dan dihormati.
9. Diberikan rezeki rakan sekerja, jiran-jiran, sanak saudara dan orang sekeliling.
Disertakan juga dengan video dari sumber  firestartingautomobil Youtube

Semoga ini jadi panduan dan di amalkan , mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
-------Wallahu a'lam.-------

No comments:

Post a Comment