Zikir Munajat
-Hati korang tenteramkah? Hati korang damai kah? kepala korang serabut tak? pernah tak rasa keliru?
pernah tak rasa macam nak menangis sepuas -puas pastuh nak semua settle?
-ALLAH sentiasa bagi dugaan kat seseorang tu mengikut kemampuan diri orang tuu..
-Kadang-kadang kita sedih sebab hujan yang lebat, ribut yang kuat dan kilat yang menyambar
Tetapi rupa-rupa nya Allah nak sediakan Pelangi.. so setiap pekara yang berlaku pasti ada hikmahnya....
Sentiasa mengingati ALLAH.
-Banyak mengingati Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman.
-Firman-Nya:"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
(Ar-ra'd: 28)
-Zikir munajat tanda ingatan hambanya kepada penciptanya Allah, memohon ampun dosa-dosa yang telah dilakukan ketika waktu tenang, hening malam dan terasa hati ini dekat kepada penciptaNya.Ketenangan dan ketenteraman jiwa boleh dirasai dengan berzikir kepada Allah S.W.T..
✔Disertakan juga dengan video dari sumber firestartingautomobil Youtube
Semoga Zikir munajat ini jadi panduan dan di amalkan , mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
-------Wallahu a'lam.-------
No comments:
Post a Comment