Tuesday, August 14, 2012

Zikir Asmaul-Husna


Zikir Asmaul-Husna
-Teringat semasa di sekolah menengah (zaman bergelar pelajar sekolah) kami akan membaca asmaul husna setiap kali perhimpunan pagi. Bila teringat balik masa sekarang ni.. Sungguh  Indah alunan zikir Asmaul-Husna (nama-nama indah milik Allah)...  Walaupun ianya nampak mudah, tak ramai yang mengamalkannya..
-Asma ul Husna merupakan serangkai nama-nama indah. Menyimpan rahmat dan kenikmatan dalam minda insan yang mendambakan keredhaan Penciptanya. Allah SWT memperkenalkan diriNya kepada sekalian makhluk melalui perantaraan nama-nama dan sifatNya Yang Mulia bagi membuka pintu makrifat dalam merasakan kemurnian cinta Ilahi yang dilimpahkan kepada segenap makhlukNya.
-Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: "ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." - 
(Surah Al-A'raf:180)
-"Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik) "Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"- 
(Surah Thaha:8)
-Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - 
Riwayat Bukhari  
-Selain daripada itu,mereka yang mengamalkannya InsyaAllah antaranya akan :-
1)Dimakbulkan hajatnya
2)Dilimpahkan rezekinya dan kekayaan
3)Terselamat daripada bala bencana.
4)Disembuhkan penyakitnya
5)Ditingkatkan kedudukan dan darjatnya
6)Diterangkan hati semasa menuntut ilmu
7)Sejahtera dan bahagia hidupnya
-Sebenarnya berbagai-bagai lagi fadhilatnya...Tak terkira banyaknya kebaikan yang boleh kita dapati dari Asmaul Husna ini ..
-Apabila kita menyemat Asmaul Husna ini di dalam sanubari kita, Insyallah kita akan semakin dekat dengan Allah SWT iaitu pencipta kita. Dari situ juga memudahkan kita untuk memohan sesuatu kepada Allah SWT ..
Disertakan juga dengan video dari sumber firestartingautomobil Youtube 

-Berbekallah untuk hari yang sudah pasti. Sesungguhnya kematian adalah muaranya manusia. Relakah dirimu menyertai segolongan orang.. Mereka membawa bekal sedang tanganmu hampa? Semoga kita semua mendapat keberkatan dengan mengamalkan zikir ini.....
------Wallahu a'lam.------

No comments:

Post a Comment