Marhaban, Bara'an dan Doa Ziarah Hari Raya
Memang saban tahun,
lepas ajer sembahyang raya, aku akan turut dan tak melepas peluang
menyertai Rombongan Marhaban Kumpulan Lelaki tersebut. Kerana bagi aku, hak sebagai jiran seharusnya aku menziarahi mereka bertanya khabar.. Sambil beraya sambil berselawat... .Memang terasa
meriah hari raya.. Bila dah habis marhaban ni, sunyi pulak rasanya...
Setiap kali tiba hari raya aidilfitri orang di Johor secara tradisinya kebanyakkannya akan membuat rombongan marhaban dari rumah kerumah jiran tetangga atau penduduk setempat...
- Perkataan marhaban itu sendiri merupakan perkataan Bahasa Arab yang bermaksud 'selamat datang'. Boleh dikatakan sebagai mengalu-alukan kedatangan para tetamu berkunjung ke rumah.
-Masyarakat Jawa sering dikaitkan dengan Bara’an. Kebetulan plak aku ni orang Jawa kan .. Klu orang Jawa Sebut sebagai " Bara'an" maksudnya Berarak sambil bermarhaban..
Sebenarnya hari ni orang pakatan kampung aku ade buat marhaban dari rumah ke rumah, ziarah- menziarahi antara tetangga kejiranan sempena sambutan hari raya sambil disertai dengan bacaan Selawat ke atas Nabi...

-Sepotong Hadith Rasulullah s.a.w diriwayatkan oleh Abu Daud:
Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga
Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga
Tujuan Marhaban/Bara’an diadakan
1)Marhaban mengeratkan silaturrahim
Memberi peluang kita berjumpa dengan keseluruhan kejiranan kita, Bila macam ni, baru la dapat jumpa orang-orang kampung secara lebih dekat.. sebelum ni dudok sengih dari jauh je kann...dengan cara ini hubungan silaturrahim sesama penduduk/ masyarakat dapat dieratkan..
b- Sabda Rasulullah SAW daripada Anas bin Malik yang bermaksud: “Barang siapa suka untuk dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturahim.”
.

a-Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka berbaiklah kamu terhadap saudara kamu
(Al-Hujurat: 10)
b- Sabda Rasulullah SAW daripada Anas bin Malik yang bermaksud: “Barang siapa suka untuk dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturahim.”
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
c-Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri.
e-Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik teman di sisi Allah yang baik terhadap temannya dan sebaik-baik tetangga disisi Allah ialah yang baik terhadap tetangganya
(Hadis riwayat al-Bukhari)
d-Ingat pesan Nabi SAW, mereka yang memutuskan silaturahim lebih dari tiga hari tidak akan menghidu bau syurga.
e-Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik teman di sisi Allah yang baik terhadap temannya dan sebaik-baik tetangga disisi Allah ialah yang baik terhadap tetangganya
f-Ada dua jenis dosa yang seksaannya disegerakan di dunia, berbuat zalim dan memutuskan silaturahim.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
2)Saling mendoakan kebaikan
Kebiasaannya rombongan ini akan diketuai oleh seorang ketua mengetuai bacaan selawat keatas Junjungan Nabi Muhammmad. Selesai berselawat, ketua tersebut akan membacakan doa dan memohon keberkatan keselamatan, kesihatan, murah rezeki dan kesejahteraan keatas seisi rumah tersebut.

3) Saling bermaafan sesama kita
Seterusnya, ucapan maaf dilafaskan pada wakil rombongan Marhaban mewakili penduduk terhadap tuan rumah.. Kemudian tuan rumah juga akan memberi ucapan balas memperkatakan sesuatu sebagai tanda terima kasih atas kesudian hadir ke rumah dan memohon kemaafan kepada semua rombongan marhaban.

4) Sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w iaitu apabila kita menerima tetamu mereka perlu diberi layanan mesra dan sempurna supaya dapat kita beroleh seribu rahmat dan menjauhkan dari seribu kecelakaan... Sebab itu kebiasaannya Sesudah selesai marhaban...ada sedikit jamuan ringan untuk para rombongan marhaban...Itu pon kalau tuan rumah tak keberatan dan tak menyusahkan tuan rumah.. kerana itu bukan benda wajib perlu di adakan... Kalau tak ada jamuan pon rombongan marhaban tetap datang juga ..
5. Selain dapat mengeratkan tali silaturrahim, untuk yang kanak-kanak, boleh dapat duit raya. Kalau 1 rumah dapat RM1, kalau dah marhaban sekampung... Dah berapa banyak rumah yang kita singgah... kayooo lahh bebudak tu Seronok kan...
-Tapi sebenarnya pemberian duit raya yang diberikan oleh tuan rumah boleh kita anggap sekadar bersedekah kepada anak-anak kecil ni kerana mahu menggembirakan budak-budak sahaja. Kalau tak memberi duit raya rasanya pon tak apa kerana bukanlah satu kewajipan malah mengikut kemampuan dan rasanya itu niat ikhlas tuan rumah sahaja nak bagi. Mudahan mendatangkan barakah bersedekah ni...

✔Disertakan juga dengan video dari sumber firestartingautomobil Youtube
Ok lahhh sampai sini sudah ye... Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.. Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
--------Wallahu a'lam.--------
--------Wallahu a'lam.--------
Terbaiklah tuan perkongsianya. Alhamdulillah tahun 2022 ni dapat semula kita berbaraan setelah pkp 3 tahun.
ReplyDelete