Alhamdullillah syukur
nikmat…Hari pertunangan aku mencatat macam-macam sejarah dalam hidup aku... Dalam Islam pun mmg disunatkan bertunang sebelum
berkahwin...
إذا خطب أحدكم المرأة فإن
استطاع
أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل
“Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat
dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan”
[Hadith Riwayat Abu Daud]
Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga
punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga
menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.
Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang
mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah
juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti
manusia lain.
Bagi Aku, dia teramat istimewa .. Terima kasih kerana sudi menerima lamaran ku.. Sanggup menerima insan tak sempurna... Menerima seadanya diri ku ini untuk saling melengkapi...
Cuma aku harap dengan ikatan ini akan
kekal hingga hari pernikahan kami kelak...dan semoga jodoh ni panjang hingga ke
syurga..amin... Insya Allah :)
“Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…”
Bagi Aku, dia teramat istimewa .. Terima kasih kerana sudi menerima lamaran ku.. Sanggup menerima insan tak sempurna... Menerima seadanya diri ku ini untuk saling melengkapi...
“Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bias menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. …”
Klik video khas pertunangan kami buat si dia....
Semuanye berjalan dengan lancar..Tarikh tersebut menjadi
kenangan indah dlm hidup aku..wallahuaklam...
alhamdulillah tahniah buat saudara.. semoga terus tersenyum indah bersama pasangan di saat ijab dan kabul kelak
ReplyDelete