Thursday, June 21, 2012

Cinta ku sudah berputik

Hidup manusia tidak terasa lengkap tanpa kehadiran cinta. Itu satu hakikat dengan fitrah insan yang sentiasa ingin disayangi dan menyayangi.

Allah tidak melarang hamba-Nya bercinta. Malah, Dia yang mengurniakan perasaan itu dalam hati setiap manusia. Cinta yang ditafsir sebagai kasih dan sayang, dianugerahkan sejak awal penciptaan manusia. Allah taala menciptakan Nabi Adam a.s dijadikannya sesempurna makhluk, dijunjungi oleh Malaikat, tinggal pula di syurga, yang penuh dan lengkap dengan segala bentuk kenikmatan dan kemewahan.

Suatu ketika dimana Allah s.w.t. taqdirkan hatinya menjadi gelisah, dan merasa seakan-akan ada sesuatu yang masih belum lengkap, masih terasa ‘kekosongan’ di hatinya. Allah Yang Maha Mengetahui, Nabi Adam a.s. memerlukan seseorang sebagai teman hidupnya, yang mana peristiwa ini membawa kepada penciptaan Hawa, dari tulang rusuk Nabi Adam a.s. sendiri. Maka, terisilah keresahan dan kekosongan yang sebelum ini membelenggu jiwa Adam.  Cuba bayangkan itu perihalnya di syurga. Apatahlagi kita manusia biasa yang berada di dunia ini. Jelaslah, cinta sudah bermula sejak di syurga. Tanpa cinta, pasti akan ada kekosongan dalam jiwa manusia. 
 
Kenapa Manusia Hanya Ada Sekeping Hati?
Allah mengurniakan kepada kita dua kaki untuk berjalan,dua tangan untuk memegang,dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat tetapi mengapa Allah hanya mengurniakan sekeping hati kepada kita?
Ini kerana Allah taala telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.Itulah namanya CINTA...
Firman Allah s.w.t : "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan, samaada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka sendiri, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya."
(Surah Yaasin : Ayat 36)

 Klik Video Cinta Hati Ku buat si dia.... 

 
Aku tak mampu melawan perasaan yang datang secara tiba-tiba. Aku bukan meminta untuk dicintai… tapi takdir menemukan kita..... jika ditakdirkan kita ke jinjang pelamin, akan ku jaga dirimu hingga hujung nyawa bersamamu. Aku tahu ini sesuatu yang tidak kita rancang, tapi pertemuan ini telah memberi erti apa itu kebahagiaan walaupun ia mungkin seketika atau sebaliknya… 
Jika Allah yang mengizinkan untuk mencintaimu…Semoga hanya kerana Allah dan hubungan ini kekal dunia dan akhirat denga izinNya….Amin... wallahuaklam...

2 comments:

  1. wah.. entri yang banyak unsur nasihat.. Insha Allah saudara, akan tiba waktunya..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah semoga saudara ketemu cinta sejati.. amin

    ReplyDelete