Saturday, February 5, 2011

Istikharah cinta memanggilku

 
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidak sempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥
 
Hati juga tersepit di saat kita buntu memikirkan jalan keluar daripda sesuatu perkara yang menghimpit. Tidak tahu arah mana yang hendak dituju, apa yang harus dilakukan dan bagaimana caranya. Jika semua ini berlegar dalam diri kita, apa yang harus kita lakukan? Kepada siapa harus kita mengadu selepas diri benar-benar buntu?
Ya, kepada DIA, kepada Allah yang sentiasa menanti, menunggu hamba-Nya meminta, berdoa kepada-Nya.Dirikanlah solat sunat istikharah pada 2/3 malam bagi memohon petunjuk daripada Allah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan.  
Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
 
la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati kita dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Klik Video kat bawah ni (Teristimewa buat si dia) 

video
“InsyaAllah aku akan berkahwin nanti, buat masa ini biarlah aku bercinta dahulu” Adakah kata-kata ini sudah cukup untuk menyejukkan bahang neraka Allah dan memadamkan nyalaan apinya? Peganglah syari’at itu dan genggamlah seerat-eratnya! Jadikanlah istikharah itu sebagai pedoman untuk memayungi kesucian cinta dibawah lindungan Allah, dan letakkanlah perkahwinan itu sebagai garis mula perjalanan sebuah kemesraan cinta yang hakiki dan abadi .. wallahuaklam...

No comments:

Post a Comment