Monday, September 3, 2012

Selamat Hari Kemerdekaan



MERDEKA MERDEKA MERDEKA
-Selitkan rasa syukur kerana kita bebas daripada cengkaman penjajah dan penindasan.
Di bumi Malaysia ini kita cukup bertuah kerana hidup aman, bersama-sama sebagai warga Malaysia walaupun terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan agama.

-Sebagai umat Islam kita perlu mentaati pemerintah selagi ia tidak kufur kepada Allah. Tindakan menentang dan menyebakan keburukan kepada kerajaan akan memberikan ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mengambil peluang untuk mengganggu gugat urusan negara sehingga menimbulkan pelbagai ancaman.

Firman ALLAH s.w.t
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amin" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu"
(Surah An-Nisa ayat 59)

"Sesiapa yang taat kepada Ku, beerti ia taat kepada Allah, sesiapa yang derhaka kepadaKu bermakna dia derhaka kepada Allah; sesiapa yang taat kepada pemerintah bermakna ia taat kepadaKu, dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bermakna ia derhaka kepadaKu."
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah).

-Al- Fatihah kepada semua pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair kita.. Jasa dan pengorbanan mereka terlalu besar dan pada kita dan anak anak kitalah tergalas amanat untuk mempertahankan kemerdekaan ini dan memakmurkan negara tercinta ini Maka Tanggungjawab kita adalah terus kekalkan kemerdekaan ..
Disertakan juga dengan video dari sumber firestartingautomobil Youtube 
...
-Malaysia tidak boleh terbina tanpa adanya pejuang-pejuang terdahulu dan kita harus bersyukur dan berterima kasih di atas pengorbanan mereka dalam perjuangan mempertahankan maruah negara... Terima kasih kepada pejuang-pejuang negara yang menjadikan Malaysia aman makmur dan terus MERDEKA.. Hargailah keamanan dan kestabilan hidup dalam sebuah Negara yang merdeka.. Selamat Hari Kemerdekaan...
--------Wallahu a'lam.-------

No comments:

Post a Comment