Thursday, June 21, 2012

Cinta ku sudah berputik

Hidup manusia tidak terasa lengkap tanpa kehadiran cinta. Itu satu hakikat dengan fitrah insan yang sentiasa ingin disayangi dan menyayangi.

Allah tidak melarang hamba-Nya bercinta. Malah, Dia yang mengurniakan perasaan itu dalam hati setiap manusia. Cinta yang ditafsir sebagai kasih dan sayang, dianugerahkan sejak awal penciptaan manusia. Allah taala menciptakan Nabi Adam a.s dijadikannya sesempurna makhluk, dijunjungi oleh Malaikat, tinggal pula di syurga, yang penuh dan lengkap dengan segala bentuk kenikmatan dan kemewahan.

Suatu ketika dimana Allah s.w.t. taqdirkan hatinya menjadi gelisah, dan merasa seakan-akan ada sesuatu yang masih belum lengkap, masih terasa ‘kekosongan’ di hatinya. Allah Yang Maha Mengetahui, Nabi Adam a.s. memerlukan seseorang sebagai teman hidupnya, yang mana peristiwa ini membawa kepada penciptaan Hawa, dari tulang rusuk Nabi Adam a.s. sendiri. Maka, terisilah keresahan dan kekosongan yang sebelum ini membelenggu jiwa Adam.  Cuba bayangkan itu perihalnya di syurga. Apatahlagi kita manusia biasa yang berada di dunia ini. Jelaslah, cinta sudah bermula sejak di syurga. Tanpa cinta, pasti akan ada kekosongan dalam jiwa manusia. 
 
Kenapa Manusia Hanya Ada Sekeping Hati?
Allah mengurniakan kepada kita dua kaki untuk berjalan,dua tangan untuk memegang,dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat tetapi mengapa Allah hanya mengurniakan sekeping hati kepada kita?
Ini kerana Allah taala telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.Itulah namanya CINTA...
Firman Allah s.w.t : "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan, samaada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka sendiri, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya."
(Surah Yaasin : Ayat 36)

 Klik Video Cinta Hati Ku buat si dia.... 

 
Aku tak mampu melawan perasaan yang datang secara tiba-tiba. Aku bukan meminta untuk dicintai… tapi takdir menemukan kita..... jika ditakdirkan kita ke jinjang pelamin, akan ku jaga dirimu hingga hujung nyawa bersamamu. Aku tahu ini sesuatu yang tidak kita rancang, tapi pertemuan ini telah memberi erti apa itu kebahagiaan walaupun ia mungkin seketika atau sebaliknya… 
Jika Allah yang mengizinkan untuk mencintaimu…Semoga hanya kerana Allah dan hubungan ini kekal dunia dan akhirat denga izinNya….Amin... wallahuaklam...

Tuesday, June 19, 2012

Ku Pinang Mu Dengan Bismillah

 
Alhamdullillah syukur nikmat…Hari pertunangan aku mencatat macam-macam sejarah dalam hidup aku... Dalam Islam pun mmg disunatkan bertunang sebelum berkahwin...
إذا خطب أحدكم المرأة فإن استطاع
أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل
“Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan”
[Hadith Riwayat Abu Daud]

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

“Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…”

Bagi Aku, dia teramat istimewa .. Terima kasih kerana sudi menerima lamaran ku.. Sanggup menerima insan tak sempurna... Menerima seadanya diri ku ini untuk saling melengkapi...
 
“Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bias menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. …”
 
Cuma aku harap dengan ikatan ini akan kekal hingga hari pernikahan kami kelak...dan semoga jodoh ni panjang hingga ke syurga..amin... Insya Allah :)

Klik video khas  pertunangan kami buat si dia.... 

Kepada tunangan aku, Selamat Bertunang dan Selamat menempuh hubungan dengan baik.  Ku pinang mu dengan Bismillah.. Mungkin ini merupakan permulaan perjalanan baru aku…

Semuanye berjalan dengan lancar..Tarikh tersebut menjadi kenangan indah dlm hidup aku..wallahuaklam...